Jelang Idul Adha 1439 H, 3 Puasa Sunnah Ini Dianjurkan di Bulan Dzulhijjah, Banyak Pahala Istimewa!


Hanya dalam hitungan hari, kalender Islam telah memasuki bulan Dzulhijjah, tepatnya pada Senin (13/8/2018).
Memasuki bulan Dzulhijjah artinya hari raya Idul Adha 1439 H juga semakin dekat.
Hari raya Idul Adha sendiri akan jatuh setiap tanggal 10 Dzulhijjah.
Jika disamakan dengan kalender masehi, maka diperkirakan akan jatuh tepat pada tanggal 22 Agustus 2018.
Kendati demikian, kepastian penetapan hari raya Idul Adha 1439 H masih menunggu sidang isbat yang akan dilakukan oleh Kementerian Agama.
Hari raya Idul Adha juga dikenal dengan hari raya Haji.
Pasalnya, di saat yang sama, kaum muslimin yang tengah melaksanakan ibadah haji sedang menjalankan rukun haji yang utama yaitu wukuf di Arafah.
Idul Adha juga dikenal sebagai hari raya kurban.
Di mana para umat muslim mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan melaksanakan kurban.
Menjelang perayaan Idul Adha 1439 H ada beberapa sunnah yang bisa dilakukan di bulan Dzulhijjah.
Salah satunya adalah dengan menunaikan puasa sunnah.
Ada beberapa puasa sunnah yang bisa dilakukan dan mendatangkan banyak sekali keutamaan serta pahala selama 10 hari awal di bulan Dzulhijjah.
Hal tersebut berdasarkan hadis yang berbunyi, “Tidak ada hari-hari yang lebih disukai Allah untuk digunakan beribadah sebagaimana halnya hari-hari sepuluh Dzulhijjah.”
“Berpuasa pada siang harinya sama dengan berpuasa selama satu tahun dan salat pada malam harinya sama nilainya dengan mengerjakan salat pada malam lailatul qadar.” (HR Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Baihaqi).
Lantas apa saja puasa sunnah yang bisa dilakukan?
1. Puasa Arafah
Puasa Arafah adalah salah satu puasa sunnah yang bisa dilakukan jelang hari raya Idul Adha.
Biasanya, puasa ini dilakukan setiap tanggal 9 Dzulhijjah, di mana kaum Muslimin yang tengah melaksanakan ibadah haji sedang menunaikan wukuf di Arafah.
Untuk mengimbangi mereka, umat muslim yang tidak melaksanakan ibadah haji dianjurkan untuk berpuasa.
Keutamaan puasa Arafah sungguh istimewa.
Yakni, dihapuskan segala dosa selama setahun yang lalu, dan setahun yang akan datang.
Hal itu sebagaimana tertuang dalam hadis yang diriwayatkan Abu Qatadah al-Anshari ra, “Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka, baginda bersabda, ‘Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang’.” (HR Imam Muslim).
Selain itu, umat muslim yang berpuasa Arafah akan mendapatkan pahala yang berlipat ganda di hari tersebut.
2. Puasa Tarwiyah
Sebelum melaksanakan puasa Arafah, umat muslim dapat menunaikan piasa Tarwiyah.
Artinya, puasa Tarwiyah dapat dilakukan pada tanggal 8 Dzulhijjah.
Keistimewaan puasa Tarwiyah adalah menghapus dosa yang dibuat tahun lalu.
Adapun, niat puasa Tarwiyah sebagai berikut.
“Nawaitu shauma tarwiyata sunnatan lillahi ta’ala.”
Artinya, “Saya niat puasa sunah Tarwiyah karena Allah Ta’ala.”
3. Puasa Dzulhijjah
Ketika bulan Dzulhijjah tiba, umat muslim mulai dapat melaksanakan puasa Dzulhijjah.
Dimulai sejak tanggal 1 Dzulhijjah hingga 7 Dzulhijjah.
Adapun keutamaan puasa Dzulhijjah setiap harinya berbeda-beda.
Tanggal 1 Dzulhijjah
Allah mengampuni Nabi Adam AS di Arafah, maka yang berpuasa di hari itu akan diampuni dosa-dosanya.
Tanggal 2 Dzulhijjah
Allah mengabulkan doa Nabi Yunus AS dan mengeluarkannya dari perut ikan nun, maka orang yang berpuasa di hari itu sama seperti beribadah dan berpuasa satu tahun tanpa maksiat.
Tanggal 3 Dzulhijjah
Allah mengabulkan doa Nabi Zakariya AS, maka orang yang berpuasa di hari itu akan dikabulkan doanya.
Tanggal 4 Dzulhijjah
Nabi Isa AS dilahirkan, maka orang yang berpuasa di hari itu akan dihilangkan kesusahan dan dikumpulkan bersama orang mulia di hari kiamat.
Tanggal 5 Dzulhijjah
Nabi Musa AS dilahirkan dan dimuliakan munajatnya, maka orang yang berpuasa di hari itu akan terlepas dari sifat munafik dan siksa kubur.
Tanggal 6 Dzulhijjah
Allah membukakan pintu kebaikan semua nabi, maka orang yang berpuasa di hari itu akan dipandang Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang.
Tanggal 7 Dzulhijjah
Pintu neraka jahanam dikunci dan tidak akan dibuka sebelum berakhir pada 10 Dzulhijjah, maka orang yang berpuasa di hari itu akan dihindarkan dari 30 pintu kemelaratan dan kesukaran dan dibukakan 30 pintu kemudahan untuknya.
Puasa-puasa ini dianjurkan dilakukan bagi kaum Muslimin yang sedang tidak melaksanakan ibadah haji. Wallahu A’lam.

Dia Tak Boleh Makan Dan Berjalan Kerana Tumor Membesar 4kg Setiap Minggu, 20 Pakar Bedah Diperlukan Untuk Buang Tumor Ovari Seberat 14kg



Seramai 20 pakar bedah bekerja selama 5 jam untuk membuang ketumbuhan ovari seberat 14 kilogram daripada tubuh seorang wanita.  Ini merupakan salah satu proses pembuangan tumor terbesar yang pernah dilakukan.



Tumor itu mula membesar pada kadar 4 kilogram setiap minggu pada bulan November lalu.  Pasukan perubatan termasuk 12 pakar bedah bertungkus-lumus mengeluarkan tumor tersebut.



"Semasa pembedahan, kami mengeluarkan tumor raksasa yang berasal dari ovari kirinya. Kami mengeluarkan ovari kiri, tiub kiri (fallopian), dan kami mengeluarkan tisu peritoneal yang terjejas." - Dr. Vaagn Andikyan




"Tumor berasal dari sel epitelium yang melekat pada ovari dan ianya bersifat 'mucinous,' bermakna ia dipenuhi dengan bahan seperti gelatin yang dihasilkan oleh sel-sel tumor."


"Terdapat banyak masalah yang berkaitan dengan tumor yang bersaiz sebesar ini, ia menyebabkan pesakit tidak boleh makan dan tidak boleh berjalan."


Tumor ovari mukosa membentuk kira-kira 15% daripada semua tumor ovari dan terkenal sebagai salah satu jenis tumor terbesar yang pernah ditemui.



Salah satu tumor terbesar yang diambil dari manusia ialah tumor ovari 303 paun yang dikeluarkan di Hospital Stanford pada tahun 1991, menurut laporan tahun 1994.



Dalam kes yang baru dilaporkan, doktor mengeluarkan tumor seberat 132-pound serta 6 paun tisu dinding abdomen dan kulit berlebihan yang telah diregangkan oleh tumor. Para doktor juga perlu membina semula perut pesakit yang telah menjadi 'cacat'.



Apabila pesakit pertama kali berjumpa dengan doktor di Hospital Danbury, dia sangat kurus dan tidak dapat berjalan kerana pembengkakan kaki dan berat tumor. Dia perlu menggunakan kerusi roda untuk berjalan.



"Kakinya membengkak sehingga tidak dapat berjalan. Saya tak pernah melihat keadaan kaki yang bengkak sebesar itu."

"Saya melihat ketakutan dalam mata pesakit. Dia bimbang jika tidak ada harapan untuk pulih, kerana dia telah pergi berjumpa beberapa doktor lain, dan mereka tidak dapat menolongnya."

"Para doktor dapat menyelamatkan rahim pesakit dan ovari kanannya, ini bermakna dia masih boleh melahirkan anak jika dia mahu."

"Kami ingin menggalakkan para wanita untuk berjumpa doktor jika mempunyai gejala-gejalal seperti ini termasuk sakit perut atau pelvis, kembung, kerap buang air kecil dan perubahan haid yang tidak teratur."

"Jika ada yang mengadu mengalami perut penuh atau senak, sangat penting untuk anda terus berjumpa doktor bagi pemeriksaan lanjut."




Siakapkeli.my



Sumber: CNN

Gigi Tajam Dan Rambut Nipis, Sering Diejek Sebagai Hantu, Akhirnya Mampu Tarik Nafas Lega Apabila Diterima Kembali Masyarakat Setempat



Dua kanak-kanak lelaki di India ini sekian lama dipinggirkan di sekolah kerana mempunyai gigi runcing dan rambut yang nipis akhirnya mampu menarik nafas lega selepas diterima kembali oleh penduduk di sebuah kampung pedalaman, Madhya Pradesh.





Ashfaq Khan, 11, dan Mushtaq Khan, 8, sering diejek sebagai 'Budak Hantu' gara-gara fizikal mereka yang pelik menjalani kehidupan yang menyeksakan apabila terpaksa menyorok di belakang dinding untuk mengelak daripada menjadi tatapan mata manusia yang tidak boleh menerima kehadiran mereka, hypohidrotic ectodermal dysplasia (HED), yang menyukarkan mereka untuk berpeluh, masalah gigi dan rambut.





Hanya baru-baru ini saja keadaan menjadi lebih baik buat mereka apabila satu kempen yang dijalankan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyedarkan masyarakat sekeliling membuahkan hasil positif.



NGO tersebut turut berkongsi beberapa gambar menyentuh hati yang menunjukkan masyarakat di situ mula menerima kehadiran dua orang kanak-kanak tersebut apabila mereka mampu bermain bersama-sama kanak-kanak lain.





Satu lagi gambar yang didedahkan apabila adik beradik ini tersenyum dan menampakkan kelainan pada gigi mereka. Mereka dilihat gembira untuk menjalani kehidupan normal apabila penduduk setempat mula menegur dan melemparkan senyuman pada mereka.



Suatu ketika dahulu, kanak-kanak ini seringkali menangis apabila mereka diejek oleh orang kampung kerana penampilan luaran mereka. Keganjilan genetik itu menyebabkan mereka mempunyai gigi runcing dan tajam, rambut nipis bewarna kelabu, hidung leper, kulit pecah dan gelap selain suara yang aneh.



Menjadi mangsa buli disekolah menyebabkan mereka hilang minat untuk meneruskan pengajian mereka, terutamanya digelar hantu oleh rakan-rakan sekelas.



''Saya dan adik saya dianggap sebagai hantu disekolah. Rakan-rakan tidak mahu bermain dengan kami. Kami tidak mahu ke sekolah lagi kerana sering dimalukan,'' kata Ashfaq.





Dengan bapa mereka yang bekerja di ladang dan meraih pendapatan £50 (RM 266) sebulan, ia nyata menyukarkan keluarga itu mendapatkan perkhidmatan pakar bagi mengetahui punca kepada keganjilan yang berlaku pada kanak-kanak ini.



''Kami sangat miskin, malah kami tiada kelengkapan asas seperti peti ais, kipas ataupun penyejuk. Mereka cepat panas disebabkan penyakit mereka (sukar berpeluh), jadi kami hanya mencurahkan air sahaja ke badan mereka setiap satu jam setengah,'' kata ibunya, Abila.





Ahli perubatan menjangkakan kanak-kanak tersebut mungkin akan mengalami masalah kesihatan yang lebih teruk disebabkan ibu bapa mereka gagal menyediakan rawatan sepatutnya disebabkan kemiskinan, selain tinggal di kawasan yang tidak mempunyai akses kepada perubatan pakar dan moden.



''Saya hanyalah doktor biasa, saya tidak boleh mendiagnosis kanak-kanak ini dengan kaedah yang betul. Saya telah menasihati ibu bapa ini untuk bertemu dengan pakar atau ia mungkin menjadi lebih buruk.


''Ibu bapa mereka berharapkan keajaiban berlaku kepada anak mereka, dan berharap ada pihak yang sudi membantu,'' kata Dr. Mukesh.







Sumber : Dailymail

''Ingatkan Bekas Gigitan Nyamuk, Rupanya Kanser Bila Tangan Bengkak Ibarat Lengan Animasi Popeye'', Gadis Ini Terima Hakikat Lengan Kirinya Harus Dipotong



Satu pertarungan yang tiada kesudahan dengan kanser selama lima tahun menyaksikan gadis ini terpaksa menanggung derita mengusung tangan kirinya yang membesar persis lengan watak utama animasi popular, Popeye.



Joy Arcilla, 21, yang berasal daripada Filipina pada asalnya mendapati wujudnya satu ketulan kecil pada bahagian bicep tangan kirinya pada tahun 2012. Cuma pada waktu, sangkanya ketulan kecil itu hanyalah disebabkan gigitan nyamuk.





Namun, entah dimana silapnya, ketulan tersebut terus membesar hinggalah dia mendapat tahu ia bukanlah gigitan nyamuk, sebaliknya adalah kanser Ewing's Sarcoma. Ketika dia disahkan menghidapi kanser, umurnya baru sahaja 16 tahun.



Pada tahun 2013, dia menjalani pembedahan dan doktor memberitahu penyakit kanser tersebut telah sembuh. Malangnya, ia datang lagi setahun kemudian memaksa dia menjalani kemoterapi berulang kali.



Disebabkan tidak dapat menahan derita kesan sampingan kemoterapi, gadis ini membuat keputusan untuk menghentikan rawatan tersebut. Hasilnya, ketulan tersebut terus membesar dengan saiz luar biasa.





Selepas mencuba pelbagai rawatan termasuklah rawatan alternatif, tumor tersebut tetap menyerangnya lagi sebanyak 4 kali. Akhirnya keputusan nekad di buat, potong tangan yang diserang kanser itu adalah pilihan terakhir dan ia perlu dilaksanakan pada Disember tahun lalu.



''Saya perasan kewujudan biji kecil pada tangan kiri saya, tetapi saya fikir ia kesan gigitan nyamuk jadi saya biarkan saja. Namun selepas seminggu, saya dapati ia tidak hilang dan seperti membesar. Ketulan itu keras tetapi tidak sakit.


''Apabila saya mengetahui saya menghidapi kanser, saya sangat takut dan menangis. Saya teringat masa depan saya dan segalanya. Saya berhenti belajar supaya saya dapat menumpukan pada proses rawatan,'' kata Arcilla.



Ketika cubaan pertamanya mendapatkan rawatan kemoterapi, dia hanya mampu bertahan selama lima pusingan sahaja.





''Dalam pusingan kelima atau keenam kemoterapi saya, saya sangat lemah dari segi fizikal, emosi dan mental,'' katanya lagi.


''Saya mencuba pelbagai rawatan alternatif, malah saya sangat menjaga pemakanan saya. Saya ubah gaya hidup dan makan sayuran serta buah-buahan.


''Tetapi ia datang semula dan agresif.


''Kemudian saya sedar, tangan kiri saya perlu dipotong, dan ia dilakukan tahun lepas.


''Saya akui saya amat sedih, tetapi ia perlu dilakukan supaya kanser tersebut tidak merebak ke anggota badan yang lain.


''Ada kalanya saya merasa amat tertekan. Tetapi dengan kasih sayang dan semangat keluarga, saya berjaya laluinya.


''Inspirasi bagi saya apabila melihat kanak-kanak yang menderita penyakit kronik masih tetap tersenyum riang.''





Sumber : Dailymail

(Video) ''Dah Tak Boleh Kunyah Makanan, Berat Dan Tinggi Juga Susut,'' Menghidap Penyakit ''Hiper Tiroid'', Suami Sumber Kekuatan Liyana



3 April - Perasaan sebak dan belas pasti menusuk di sanubari sesiapa saja yang melihat Nurliyana Abdul Raziff, 32, berikutan penyakit Hiper Tiroid dialami wanita itu sejak dua tahun lalu, lapor Harian Metro



Penderitaan jelas terpapar pada wajahnya apabila tulang rahangnya kini membesar sehingga menyebabkan mulut terkeluar dan turut menjejaskan penglihatannya.



Lebih memilukan, berat badannya juga menyusut daripada 55 kilogram hingga kini hanya 23 kilogram, malah ketinggiannya turut menurun daripada 1.5 meter kepada 1.3 meter.



“Saya tidak lagi mampu mengunyah kerana ketumbuhan tiroid dalam mulut semakin membesar hingga menutup saluran rongga. Berat badan yang menurun secara mendadak turut membuatkan fizikal saya semakin rendah,” kata Nurliyana dengan nada yang kurang jelas dan tersekat-sekat.



Dia juga mengalami kesukaran untuk makan dan hanya bergantung kepada susu khas. Tulang rahangnya membesar dan menyebabkan mulut terkeluar yang juga menjejaskan matanya.



Sejak usia 9 tahun Liyana dikesan mengalami sistemik lupus eritematosus atau lupus yang menyebabkan anti-body dalam badannya lemah dan dia mudah diserang penyakit. Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan meringankan beban keluarga Liyana boleh membuat sumbangan melalui akaun Bank Islam atas nama Nurliyana Abd Razif: 050580-2014-5124



Dia yang lebih mesra dengan panggilan Liyana berkata, doktor pakar tidak mengesyorkan dia menjalani pembedahan membuang ketumbuhan tiroid itu kerana pada masa sama, dia juga ada masalah buah pinggang dan jantung.



(Video) Tragis, Akibat Cuba Bergambar, Lelaki Tergelincir Dari Air Terjun Setinggi 50 Kaki



Satu rakaman mengejutkan menunjukkan seorang lelaki India terjatuh dari air terjun setinggi 50 kaki selepas cuba bergambar di kawasan tersebut.



Subrat Nag, 24, dilihat kehilangan imbangan ketika berdiri dan jatuh secara meluncur ke bawah cerun licin di Air Terjun Gali Gabdar.





Rakan-rakannya yang berada di situ dilihat tidak mampu berbuat apa-apa dalam kejadian yang dirakamkan di daerah Koraput, Odisha pada hari khamis lalu.






Menurut sumber, saluran TV tempatan menunjukkan Nag yang mengalami pendarahan diusung naik ke atas bukit oleh rakan-rakannya.



Dia didapati tidak sedarkan diri semasa dibawa ke CHC Pottangi sebelum dipindahkan ke Klinik Kolej Perubatan Koraput ketika keadaannya semakin memburuk.



Nag yang bekerja di pusat membeli-belah Bazar Meena, difahamkan dalam keadaan kritikal tapi stabil.



Pihak polis sedang menyiasat kemalangan tersebut.



Dalam kejadian sama dua hari lalu, seorang pemandu maut disebabkan seekor beruang ketika cuba bergambar dengan makhluk berkenaan.



(Video) Lelaki Maut Gara-Gara Mahu 'Berselfie' Dengan Beruang




Siakapkeli.my


Sumber : The Sun UK